Monday, June 29, 2009

Nasihat untuk PDB

Masya Allah!

Dulu PDB ajak para pengguna bermain 'Tikam! Tikam! untuk menarik pelanggan! Kini lebih teruk lagi!

PDB beri 'patong' kepada para pelanggan dalam usaha bersaing dengan Shell yang berikan 'kereta mainan' kepada pelanggan mereka. Malangnya kerana hanya bermentaliti mengaup untong tanpa memerhatikan dasar beragama, PDB telah tersalah pilih.

Islam adalah petunjuk terakhir dari Allah YMK kepada sekalian alam, maka apa yang haram disisi Islam adalah haram untuk seluruh umat manusia. Ini adalah dasar agama Islam.

Antara yang di haramkan oleh Islam adalah membuat, menjual, menyimpan dan mempamerkan patong dalam apa bentuk sekalipun kerana ia akan membawa kepada pemujuaan.

Perbuatan memuja sesuatu makhluk adalah syirik.

Allah akan mengampunkan dosa dosa besar seperti zina, judi, minum arak yang dilakukan seseorang apabila ia bertaubat dan berhenti melakukan perbuatan tersebut, melainkan syirik. Syirik tidak akan dapat ampunan dari Allah. Nauzubillah min zalik!

Umat Islam adalah sebaik baik umat yang dilahirkan bagi faedah manusia kerana mereka menyuruh berbuat segala yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah, buruk dan keji. Mereka beriman kepada Allah YME. (maksud ayat 143 Surah al Baqarah).