Friday, October 26, 2007

Adakah Anda Seorang Pengguna Yang Bijak?

Keputusan perlumbaan F1 di Interlagos, Brazil memberikan kemenangan kepada pelumba dari Team Ferrari, Kimi Raikkonen, dan sekaligus menjadi Pemandu Juara F1 tahun 2007 dengan kemenangan hanya semata melebihi Lewis Hamilton dan Fernando Alonso, kedua-duanya dari Team McLaren.

Keputusan tersebut telah mencetuskan rayuan dari Team McLaren kerana pemenang di tempat ke 4,5 dan 6 di tuduh menggunakan petrol sejuk (cool petrol) sehingga mendapat kelebihan dari segi ‘performance’!

Petrol bersifat tetap ketika berada pada suhu 60°F. Dalam keadaan sejuk, yakni di bawah 60°F, petrol akan menjadi ‘pekat’ dari segi kepadatan (denser), sehingga memerlukan masa yang singkat untuk di isi dan berkelebihan isian.

Petrol sejuk (cool petrol) juga memberikan ‘advantage’ pada ‘performance’ kenderaan anda antara 5 hingga 10 kuasa kuda (horsepower)!

Bagaimana pula di negara kita yang keadaan suhunya senantiasa melebehi 60°F?

Kita mesti menjadi pengguna yang bijak! Isi petrol kenderaan anda hanya pada waktu malam atau waktu pagi ketika suhu persekitaran masih sejuk (cool). Jangan isi petrol kenderaan anda antara jam 11 pagi hingga 5 petang!

Di Canada, stesyen-stesyen petrol telah menggunakan sejenis ‘nozzle’ yang dapat mengesan suhu pada petrol yang di pam keluar dari tangki bawah tanah dan menyesuaikan jumlah isi padu (volume) yang di jual kepada pelanggan sehingga kedua-dua pihak, penjual dan pembeli tidak di rugikan!

Di Amerika, para persatuan pengguna telah menggubal undang-undang dan mengemukakannya kepada Senate untuk memaksa syarikat-syarikat petrol melaksanakan pemasangan ‘nozzle’ yang serupa di setiap stesyen petrol. (Sila lawat www.oilwatchdog.org untuk berita mutakhir)

Dengan harga petrol yang tidak mungkin akan turun pada bila-bila masa, para pengguna perlu bersikap bijak dalam menggunakan petrol.

Pada masa yang sama, Pemerintah Malaysia, melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mesti desak para syarikat petrol untuk melaksanakan pemasangan ‘nozzle’ khas seperti yang terdapat di Canada dan (tidak lama lagi) di Amerika.

Petronas Dagangan Berhad mesti menjadi syarikat petrol yang pertama melaksanakan sistem ‘smart nozzle’ ini di seluruh negara!