Jalan Melaka – Alor Gajah, dahulu merupakan jalan utama keluar masuk ke Bandar Melaka dari Utara. Lokasi stesyen di pertengahan jalan tersebut menjadikannya tumpuan untuk arus lalu lintas hilir mudik yang perlu kepada bahan petroliam. Kesempatan ini kami gunakan sepenuhnya untuk menonjolkan khidmat yang kami sediakan disamping menjual petrol. Para pam atendan, termasuk pengurus, bermesra dan senantiasa ceria menghadapi kerenah para pelanggan.
Jualan melambung tinggi. Para pelanggan dari Bandar Melaka menuju ke Alor Gajah terpaksa beratur untuk mendapatkan khidmat kami. Stesyen minyak jenama lain di Alor Gajah menjadi sepi. Sebaliknya Panca Usaha, Stesyen Minyak Petronas, berpesta pora tiap hujung minggu.
Sesiapa yang pernah singgah atau lalu di depan stesyen ketika itu, tentunya akan dapat melihat kenderaan yang beratur dari pintu masuk ke stesyen hingga ke Klinik Desa Tanjung Minyak yang terletak 500 meter dari stesyen!
Peningkatan jualan yang di capai dengan begitu pesat telah mendedahkan berbagai kelemahan PDSB dalam mengatur taktik dan strategi untuk meraih peratus pasaran bahan petroliam hiliran akibat dari keterlibatan PDSB dalam pasaran domestik ini.
Perlu di ingat bahawa PDSB hanya memasuki pasaran bahan petroliam hiliran domestik pada tahun 1981 setelah terjadi krisis bahan disel pada hujung tahun 1970an. Syarikat-syarikat yang lain telah lama berkongsi menguasai 100% pasaran ini.
Perlantikan Panca Usaha sebagai Wakil Jualan di Petronas Filling Station di Mukim Cheng, Melaka, merupakan pelantikan yang ke 22 di seluruh Malaysia. Dengan kata lain stesyen kami itu adalah stesyen Petronas yang ke 22 di seluruh Malaysia pada tahun 1984.
Pada bulan Februari 1984, Petronas Filling Station Mukim Cheng, Melaka adalah stesyen PDSB yang kedua di Melaka; yang pertama adalah Petronas Service Station Air Keroh yang di kendalikan sendiri oleh PDSB. Jadi Petronas Filling Station, Mukim Cheng merupakan stesyen Petronas yang pertama di Melaka yang di kendalikan oleh Wakil Penjual.
Allah Y.M.E., telah menentukan Panca Usaha, peneroka Petronas Filling/Service Station di Melaka!
Kami tidak menafikan bahwa kelemahan-kelemahan PDSB adalah sebagaimana pegawai mereka namai “teething problems” sebuah syarikat yang baru; laksana seorang bayi yang mengalami kesakitan kerana akan tumbuh gigi. Kami bersabar dan turut memberi sokongan dan juga dorongan untuk sama-sama memajukan PDSB, anak syarikat milik syarikat gergasi negara ini.
Ternyata, dari rungutan Wakil Penjual yang saya kenal, setelah hampir 20 tahun saya tinggalkan perniagaan ini, PDB belum mampu redakan “teething problems” ini walaupun “bayi” telah pandai berkroni, berkollusi dan taring telah menggantikan gigi!
No comments:
Post a Comment