Sebagaimana lazimnya setiap perniagaan yang telah mengalami malapetaka yang di ketahui umum secara luas melalui media cetak dan penyiaran, jualan stesyen merosot. Ramai yang meramalkan perkara buruk akan terjadi dan Panca Usaha akan "gulung tikar".
Pada tahun 80’an, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, tidak membenarkan pemberian “hadiah dengan belian”, cabutan bertuah dan segala macam “gimmick” untuk menarik pelanggan. Sesuatu barangan yang di tawarkan untuk di jual, hanya mampu bertahan berdasarkan mutu, tujuan dan harga yang di tawarkan. Ini adalah satu polisi yang baik dan sepatut-nya di teruskan oleh Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna yang menggantikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri.
Dalam konteks perniagaan runcit bahan petroliam oleh stesyen servis, polisi Kerajaan Malaysia ini akan mampu “mencelekkan” para pengguna terhadap manipulasi dan tipu helah penjual di sesebuah stesyen servis seperti menggurangi sukatan ataupun menambah bahan yang “mencairkan” (adulteration) sesuatu bahan petroliam untuk mendapatkan keuntungan yang berlebihan.
Pada prinsip-nya, bahan petroliam yang di jual oleh stesyen servis di Malaysia adalah sama. Pembeza-nya adalah kwaliti dan servis yang di tawarkan oleh sesebuah stesyen. Ini yang sepatut-nya menjadi ukuran utama oleh pengguna yang bijak apabila membeli bahan petroliam. Ini jugalah sepatut-nya yang menjadi objektiv pemasaran oleh para pembekal bahan petroliam seperti Petronas, Shell, BP, ESSO, MOBIL dan Caltex. Ini juga adalah suatu polisi yang dapat mencegah “permainan” oleh kaki-tangan pemasaran syarikat sendiri, yang di tugaskan untuk melancarkan sesuatu kempen jualan.
Berdasarkan polisi yang di atas, kami menggesa para pekerja stesyen melaksanakan perkhidmatan pelanggan yang telah di atur. Sama sama kami mengelap kaca/cermin kereta, memeriksa air radiator/pembersih kaca/cermin kereta, memeriksa minyak hitam, air bateri dan minyak brek.
Para pekerja di arahkan untuk beramah mesra dan sentiasa ceria tatkala berhadapan dengan para pelanggan. Budi bahasa tidak boleh di jual beli, maka pekerja mesti ucapkan terima kasih pada para pelanggan tanpa pilih kasih. Pemberian "tips" oleh para pelanggan tidak di galakkan tetapi jika di berikan, terima untuk di nikmati bersama para pekerja lain yang turut membantu memberi khidmat.
Untuk menambah keyakinan dan menarik hati para pelanggan, kami gunakan sabun pencuci yang terkenal tidak mengakibatkan karat, untuk mencuci cermin/kaca kereta mereka. Air bateri yang kami tambahkan pada bateri para pelanggan, kami beli dari pembekal air bateri tulen di Bukit Cina, Melaka.
Setelah berusaha, kami bertawakal. Dengan izin Allah YME, sedikit demi sedikit jualan meningkat sehingga akhirnya memecahkan rekod jualan yang telah di ciptakan sebelum penutupan stesyen akibat dari bahan minyak bercampur air.
Malahan, dalam suatu pertandingan stesyen-stesyen antara syarikat pembekal bahan petroliam, Panca Usaha, Petronas Filling Station, Mukim Cheng, Melaka telah meraih tempat kedua untuk zon selatan, Semenanjung Malaysia. (Namun hadiah sebesar RM750.00 sampai hari ini tidak di serahkan oleh penaja utama, yaitu Pemuda UMNO!)
No comments:
Post a Comment