Sunday, June 24, 2007

Al Mutaffifeen

Kerugian yang kami alami hanya boleh di taksirkan, namun yang pasti adalah pada hari kejadian penjualan minyak bercampur air, kami telah mengalami kerugian total. Kami telah membayar kembali belian bahan petrol hampir semua pelanggan yang membuat aduan kerusakan kenderaan. Disamping itu kami telah membaik pulih kenderaan mereka atas biaya kami sendiri.


PDSB melaksanakan sistem sewaan berdasarkan Perjanjian Wakil Jualan atau “Dealership Licensing Agreement” (DLA) yang telah di tandatangai bersama. Menurut perjanjian ini, sewa stesyen adalah 15% dari untung kotor (gross profit) jualan stesyen setiap bulan yang berarti jika pada sesuatu bulan tertentu keuntungan kotor yang diperolehi dari jualan stesyen adalah RM10,000.00 maka RM1,500.00 mestilah dibayar kepada PDSB sebagai sewa untuk kegunaan stesyen dan perlengkapan yang di sediakan.


Dalam peristiwa menjual bahan minyak bercampur air, kami tidak memperoleh keuntungan, sebaliknya kami mengalami kerugian. Namun kerana dalam mempraktekkan DLA, PDSB mendasarkan perkiraan untung kotor jualan stesyen setiap bulan dari Nota Pesanan Bahan atau Product Delivery Note (PDN), maka sewa stesyen tetap di kenakan ke atas kami dan kami terpaksa membayar sewa yang di tagih walaupun pada bulan tersebut kami mengalami kerugian.


Walhasil, menurut tafsiran PDSB ke atas DLA, stesyen minyak mereka mesti bayar sewa stesyen samada untung maupun rugi, selagi pesanan bahan di terima dari mereka. Walaupun, bahan itu belum di jual, di curi, tumpah, di tenggelami banjir, ataupun meruap menjadi angin. Sesuai dengan pendapat Shylock dalam “Merchant of Venice” karangan William Shakespeare.


Dalam peristiwa menjual bahan minyak bercampur air, kami telah mengalami kerugian berganda. Pertama, minyak telah di jual tetapi bayaran di kembalikan kepada para pelanggan. Kedua, kami memperbaiki dan menanggung kos mekanik untuk membaik pulih kerusakan kenderaan mereka. Ketiga, kami di kenakan sewa 15% atas untung kotor yang di andaikan terbit dari jualan bahan minyak sesuai PDN untuk bulan tersebut.

1 comment:

Unknown said...

Menarik apa yang saudara dedahkan di sini. Ingin jugak nak tahu perkara selanjutnya. Saya dapat tahu blog saudara melalui Doc, Tokasid.