Saturday, June 16, 2007

Kuasa Adalah Kudrat

Dari awal lagi perniagaan ini telah menemui kesulitan akibat dari kecuaian Petronas sendiri.


Pertama, bangunan stesyen minyak itu sendiri belum mendapatkan kelulusan atau Certificate of Fitness (CF) dari pihak Majlis Perbandaran Melaka (kini Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah). Akibatnya yang paling nyata adalah sampah sarap yang menimbun setiap hari kerana tidak dipungut oleh lori sampah milik MPM.

Kedua, pihak MPM tidak dapat mengeluarkan Lesen Tempat Menyimpan Bahan Minyak untuk premis tersebut yang juga tertakluk kepada pemilikan CF.

Ketiga, permit sebagai peruncit bahan petroliam di bawah Petroleum Development Act (PDA) yang di keluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, ketika itu, belum saya perolehi.

Pejabat Jualan Petronas di Melaka berkeras supaya perniagaan dimulakan secepat mungkin. Walau bagaimana pun, Petronas adalah Petronas dan saya terpaksa memulakan perniagaan.

Berkat izin dari Allah YME dan persiapan yang telah saya buat untuk memperkenalkan perniagaan yang baru saya ceburi ini kepada para saudara mara, teman dan kenalan di Melaka dan sekitarnya, operasi stesyen minyak berjalan dengan lancar.

Pembelian bahan di buat secara pesanan mingguan, dengan pembayaran melalui cek yang di keluarkan atas nama “Petronas Dagangan Sdn Bhd” (PDSB). Ini termasuk untuk minyak pelincir dan lain lain bahan jualan. Secara purata, jumlah jualan stesyen setiap hari ketika itu adalah sebesar RM 5,000.00.

Bersambung...

No comments: