Sunday, June 24, 2007

Al Mutaffifeen

Kerugian yang kami alami hanya boleh di taksirkan, namun yang pasti adalah pada hari kejadian penjualan minyak bercampur air, kami telah mengalami kerugian total. Kami telah membayar kembali belian bahan petrol hampir semua pelanggan yang membuat aduan kerusakan kenderaan. Disamping itu kami telah membaik pulih kenderaan mereka atas biaya kami sendiri.


PDSB melaksanakan sistem sewaan berdasarkan Perjanjian Wakil Jualan atau “Dealership Licensing Agreement” (DLA) yang telah di tandatangai bersama. Menurut perjanjian ini, sewa stesyen adalah 15% dari untung kotor (gross profit) jualan stesyen setiap bulan yang berarti jika pada sesuatu bulan tertentu keuntungan kotor yang diperolehi dari jualan stesyen adalah RM10,000.00 maka RM1,500.00 mestilah dibayar kepada PDSB sebagai sewa untuk kegunaan stesyen dan perlengkapan yang di sediakan.


Dalam peristiwa menjual bahan minyak bercampur air, kami tidak memperoleh keuntungan, sebaliknya kami mengalami kerugian. Namun kerana dalam mempraktekkan DLA, PDSB mendasarkan perkiraan untung kotor jualan stesyen setiap bulan dari Nota Pesanan Bahan atau Product Delivery Note (PDN), maka sewa stesyen tetap di kenakan ke atas kami dan kami terpaksa membayar sewa yang di tagih walaupun pada bulan tersebut kami mengalami kerugian.


Walhasil, menurut tafsiran PDSB ke atas DLA, stesyen minyak mereka mesti bayar sewa stesyen samada untung maupun rugi, selagi pesanan bahan di terima dari mereka. Walaupun, bahan itu belum di jual, di curi, tumpah, di tenggelami banjir, ataupun meruap menjadi angin. Sesuai dengan pendapat Shylock dalam “Merchant of Venice” karangan William Shakespeare.


Dalam peristiwa menjual bahan minyak bercampur air, kami telah mengalami kerugian berganda. Pertama, minyak telah di jual tetapi bayaran di kembalikan kepada para pelanggan. Kedua, kami memperbaiki dan menanggung kos mekanik untuk membaik pulih kerusakan kenderaan mereka. Ketiga, kami di kenakan sewa 15% atas untung kotor yang di andaikan terbit dari jualan bahan minyak sesuai PDN untuk bulan tersebut.

Stesyen Di Tutup

Keesokan hari, para pegawai penyiasat dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (kini Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna), Cawangan Negeri Melaka, telah datang ke stesyen untuk mengambil statement dari saya. Mereka ambil contoh dari setiap tangki minyak bawah tanah dan mengeluarkan peritah penutupan stesyen sementara penyiasatan di buat. Berita kemasukan air, penjualan minyak bercampur air dan penutupan stesyen tersebut di laporkan oleh para pemberita di akbar dan juga radio.


Pihak PDSB di Kuala Lumpur telah mendatangkan beberapa orang pegawai untuk menjalankan penyiasatan. Tangki tangki simpanan minyak bawah tanah yang terlibat membekal minyak bercampur air digali dan didapati tidak ada bahagian yang bocor atau dapat dimasuki air dari luar. Minyak yang bercampur air di dalam tangki tangki itu telah di pam keluar dan di buang.


Tidak ada satu tanda pun yang di temui untuk menentukan dari mana air telah memasuki tangki tangki simpanan minyak bawah tanah tersebut. Apakah ia suatu perbuatan khianat? Wallahu A'lam.


Setelah selesai penyiasatan itu dan dengan izin dari pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Cawangan Negeri Melaka, Stesyen Minyak Petronas Mukim Cheng, Melaka dibuka semula untuk perniagaan setelah ditutup selama hampir tiga (3) minggu.

Minyak Bercampur Air

Pada lebih kurang pukul 3.00 petang pada 15 April 1984, malapetaka menimpa. Hari itu adalah hari Ahad dan seperti biasa banyak kenderaan yang singgah untuk mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan ke utara.


Kami telah membekalkan para pelanggan, bahan minyak yang bercampur air.


Mangsa yang pertama adalah anak saudara isteri saya yang sedang dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur. Saya sendiri yang mengesan air berada di dalam karburetor kereta beliau apabila enjin kereta tersebut mati tidak beberapa jauh dari stesyen minyak. Ketika itu saya lihat lebih kurang 200 buah kenderaan telah tersadai di kedua bahu jalan sekitar stesyen minyak.


Serta merta saya mengarahkan stesyen menghentikan jualan dan menalipon beberapa teman mekanik dari bengkel bengkel yang berdekatan untuk memberi pertolongan kepada para mangsa. Saya berusaha menenangkan para pelanggan dan mengambil initiatif untuk mengembalikan uang belian bahan mereka serta memikul segala upah memperbaiki kenderaan mereka.


Sebaliknya, Koordinator Jualan Petronas Melaka memburukkan suasana dengan memarahi dan mengancam saya dengan berbagai tuduhan di hadapan para pelanggan yang sedang marah diatas kejadian yang menimpa mereka. Beliau tidak sedikit pun mempunyai pertimbangan yang waras dan kebijaksaan dalam menangani insiden tersebut.


Saya bersabar dan berusaha mengatasi emosi para pelanggan. Salah seorang dari mereka yang mendakwa dirinya sebagai seorang pagawai polis dari Bukit Aman telah menuduh saya ingin mengaut keuntungan lebih dengan mencampur minyak dengan air. Saya nasihatkan beliau untuk membuat aduan Polis di Balai Polis yang berhampiran, yaitu di Tanjung Minyak.


Setelah keadaan terkawal dan segala yang perlu telah saya lakukan untuk mnyelesaikan problem yang di hadapi para pelanggan, saya menutup stesyen dan pulang ke rumah.


Lebih kurang pada pukul lapan malam itu, Koordinator Jualan Petronas Melaka telah mendatangi saya di rumah, bertemankan seorang yang mengaku dirinya sebagai seorang pegawai Polis. Kedua mereka telah menanya saya berbagai bagai soalan berhubung kejadian siang tadi. Termasuk soalan “bodoh” samada saya ingin mensabotaj perniagaan saya sendiri! Mereka berada di rumah saya selama hampir tiga jam.

Saturday, June 16, 2007

Kuasa Adalah Kudrat

Dari awal lagi perniagaan ini telah menemui kesulitan akibat dari kecuaian Petronas sendiri.


Pertama, bangunan stesyen minyak itu sendiri belum mendapatkan kelulusan atau Certificate of Fitness (CF) dari pihak Majlis Perbandaran Melaka (kini Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah). Akibatnya yang paling nyata adalah sampah sarap yang menimbun setiap hari kerana tidak dipungut oleh lori sampah milik MPM.

Kedua, pihak MPM tidak dapat mengeluarkan Lesen Tempat Menyimpan Bahan Minyak untuk premis tersebut yang juga tertakluk kepada pemilikan CF.

Ketiga, permit sebagai peruncit bahan petroliam di bawah Petroleum Development Act (PDA) yang di keluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, ketika itu, belum saya perolehi.

Pejabat Jualan Petronas di Melaka berkeras supaya perniagaan dimulakan secepat mungkin. Walau bagaimana pun, Petronas adalah Petronas dan saya terpaksa memulakan perniagaan.

Berkat izin dari Allah YME dan persiapan yang telah saya buat untuk memperkenalkan perniagaan yang baru saya ceburi ini kepada para saudara mara, teman dan kenalan di Melaka dan sekitarnya, operasi stesyen minyak berjalan dengan lancar.

Pembelian bahan di buat secara pesanan mingguan, dengan pembayaran melalui cek yang di keluarkan atas nama “Petronas Dagangan Sdn Bhd” (PDSB). Ini termasuk untuk minyak pelincir dan lain lain bahan jualan. Secara purata, jumlah jualan stesyen setiap hari ketika itu adalah sebesar RM 5,000.00.

Bersambung...

Wednesday, June 13, 2007

Petronas Dagangan Sdn Bhd (PDSB)

Pada penghujung tahun 1982, saya telah menjawab iklan untuk menjadi Wakil Penjual Stesyen Minyak Petronas di Muar yang kebetulan terletak berhampiran sebidang tanah milik saya. Usaha ini gagal. Pada tahun 1983, Petronas Dagangan Sdn Bhd (PDSB) (kini Petronas Dagangan Berhad (PDB)), telah mengiklankan hasrat membuka stesyen minyak di Melaka. Sekali lagi saya menjawab iklan tersebut dan berjaya di panggil untuk temuduga pada 4hb Nov 1983.

Semasa temuduga itu saya berhasil memenuhi syarat-syarat yang di kehendaki dan berjaya meyakinkan pihak Petronas untuk di pilih menjadi calon Wakil Penjual Stesyen Minyak Petronas di Negeri Melaka. Setelah melalui 2 (dua) lagi sessi saringan, saya akhirnya memenangkan cabutan undi dan di lantik menjadi Wakil Penjual Petronas di Mukim Cheng, Melaka.

Sesuai peraturan yang berlaku, saya telah mengikuti latihan pengendalian stesyen minyak selama sebulan di Pusat Latihan Petronas di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Bersambung...

Sunday, June 10, 2007

Panca Usaha

Kronologi


N a m a : Panca Usaha

Didaftarkan : 1981

No. Pendaftaran : JM 042489

Status : Milik Tunggal


Sejarah : Panca Usaha telah di tubuhkan dengan tujuan menjadi sebuah perusahaan yang akan bergerak di bidang kerja kontrak pertanian khususnya untuk projek- projek tanam semula getah yang melibatkan RISDA Negeri Melaka.

Sejak di tubuhkan sehingga pada tahun 1984, Panca Usaha telah berhasil mencapai sasarannya dengan prestasi yang terbaik pada tahun 1983 di mana dari 7 (tujuh) tender yang di keluarkan oleh RISDA Negeri Melaka, Panca Usaha telah memenangkan 5 (lima) darinya.

Keberhasilan ini telah menimbulkan iri hati di kalangan para kontraktor lain di RISDA sehingga ada yang telah mengadu kepada pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR),. Pihak BPR Melaka telah membuat siasatan yang menyeluruh dan berhasil membersihkan nama baik RISDA Negeri Melaka dan juga Panca Usaha.

Bersambung...