Terlebih dahulu, biar saya terangkan bahwa saya percaya tidak semua pegawai PDSB berfikiran sempit ataupun sombong. Namun, apa yang tidak dapat di sangkal adalah falsafah yang di anuti oleh kebanyakan para pegawai ini. Apabila seseorang Wakil Penjual membuat aduan atau menghadapi masalah, maka kata-kata yang sering dituturkan oleh kebanyakan pegawai PDSB dan PDB (kini) adalah:
“Kalau tak sanggup, serahkan (stesyen) kembali! Satu pergi, beribu menanti!” atau kata-kata yang serupa!
Pada zaman penerokaan saya sebagai Wakil Penjual Petronas, di Melaka tidak terdapat kilang penapisan Petronas. Bekalan kami di datangkan dari berbagai sumber antara lain, Refinery Esso dan Shell di Port Dickson, BP di Port Klang dan juga Depoh Diesel Petronas di Tanjung Kling. Walaupun stesyen milik Petronas hanya lebih kurang tujuh buah di Melaka (pada tahun 1986), namun Wakil Penjual sering menghadapi masalah kekeringan kerana sistem penghantara bahan petroliam tidak dapat di jadual dengan bail oleh pihak Petronas sendiri. Melaka di zaman itu sering menghadapi masalah ‘outtage’ bekalan letrik dan permintaan pihak stesyen untuk di bekalkan dengan penjanah kuasa (generator) di tolak dengan alasan ‘akan menyebabkan kerosakan pada pam’.
Akibat kepincangan-kepincangan ini maka, para pelanggan sering beranggapan serong dan menuduh pihak stesyen bankrap! Perkara-perkara seperti ini masih dapat di kawal oleh pihak stesyen di zaman itu dengan ‘memekakkan’ telinga namun, ada juga perbuatan pegawai yang sengaja mencetuskan kontroversi.
Pada satu ketika, pengurus Stesyen Minyak Petronas Mukim Cheng, Melaka telah di panggil untuk ‘menghadap’ Sales Manager PDSB di Dayabumi, Kuala Lumpur kerana aduan pemimpin kerajaan negeri yang tidak masuk di akal. Beliau marah kerana ada pam atendan berambut panjang dan bernyanyi ketika mengisi minyak petrol kereta beliau!
‘Apakah you suka kalau mendapat layanan dari seorang pam atendan yang bermuka masam dan ‘jemberut’?’ saya tanya kembali pada pihak yang memanggil saya ke Dayabumi. “Bukankah sikap pam atendan tersebut mencerminkan ‘moral’ yang tinggi di kalangan para pam atendan saya sehingga mereka merasa ceria berhadapan dengan pelanggan yang mungkin sedang ‘naik angin’ pada hari itu maka beliau berasa tersinggung melihat keceriaan si pam atendan itu? Masalah rambut pam atendan tersebut itu panjang, itu soal peribadi. Ataupun kerana si pengadu itu dah ‘botak’ maka beliau marah orang yang berambut panjang!’ Pegawai tersebut tidak mampu menjawab dan terus membisu!
Melihat stesyen yang mempunyai ‘kedai mesra’ membuat saya merasa betapa tidak mesra para pegawai PDSB di zaman saya sehingga perbuatan memasang dan menjual ‘air kotak’ melalui ‘vending machine’ mendapat tentangan dan kecaman yang hebat dari Sales Coordinator PDSB! Jual surat khabar pun di larang apalagi menjual rokok! Walaupun kami tidak menjual macis maupun ‘lighter’!
No comments:
Post a Comment