Pada tahun 1985, Negeri Melaka telah di pilih menjadi tuan rumah untuk perayaan ulang tahun Hari Kebangsaan peringkat nasional, yang julung-julung kalinya diadakan diluar Kuala Lumpur.
Dengan makluman tersebut, kami di Stesyen Minyak Petronas Mukim Cheng, Melaka mempersiapkan stesyen. Lampu hiasan berwarna warni dipasang sekeliling bumbung stesyen. Kain rentang "bunga raya" menjadi hiasan bumbung stesyen. Sebuah "fountain" dibina didepan stesyen diatas tanah lapang yang "dilandscaped".
Rupa-rupanya, segala hiasan ini mengundang sepasang pengantin baru berbangsa Cina menjadikan stesyen sebagai latar belakang untuk bergambar kenang-kenangan perkahwinan mereka. Menurut Sales Manager PDSB ketika itu, stesyen kami ala "Hadnyai". (Entah apa maksud beliau, saya kurang arif.)
Jalan Alor Gajah - Melaka, pada ketika itu, merupakan jalan utama keluar masuk ke Bandar Melaka. Kedudukan stesyen di pertengahan jalan tersebut menjadikan ianya tumpuan untuk arus lalu lintas hilir mudik yang perlu kepada bahan petrol. Kesempatan ini kami gunakan sepenuhnya untuk menonjolkan khidmat yang kami sediakan disamping menjual petrol. Para pam atendan, termasuk pengurus, bermesra dan senantiasa ceria terhadap para pelanggan.
Jualan melambung tinggi. Para pelanggan dari Bandar Melaka menuju ke Alor Gajah terpaksa beratur untuk mendapatkan khidmat kami. Stesyen minyak jenama lain di Alor Gajah menjadi sepi. Sebaliknya Stesyen Minyak Petronas Panca Usaha, berpesta pora tiap hujung minggu.
Sesiapa yang pernah singgah atau lalu didepan stesyen ketika itu, tentunya akan dapat melihat kenderaan yang beratur dari pintu masuk ke stesyen hingga ke Klinik Desa Tanjung Minyak yang terletak 500 meter dari stesyen!
Perayaan Hari Kebangsaan 1985 di Melaka memang sungguh meriah dan beruntung untuk kami di Stesyen Minyak Petronas Mukim Cheng, Melaka.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
No comments:
Post a Comment