Tuesday, August 28, 2007

Minyak Panas!

Pada bulan April 1986, PDSB membekalkan stesyen dengan minyak petroliam yang lebih panas dari biasa. Akibatnya, peratus ‘pemeruapan’ bahan petroliam menjadi lebih tinggi.

Minyak petroliam mempunyai sifat yang mengembang dengan peningkatan suhu. Di kalangan industri petroliam, suhu yang di gunakan dalam transaksi di kalangan mereka adalah 60ºF, di kala mana jumlah minyak yang di sukat berada pada kepadatan yang tepat. Dengan peningkatan suhu, jumlah yang di sukat masih tepat tetapi kepadatannya telah berkurang kerana proses ‘pengembangan’ akibat dari sifat bahan itu sendiri.

Seliter minyak yang di sukat pada suhu 60ºF masih seliter pada 70ºF tetapi ‘molecules’ minyak itu telah ‘mengembang’ sehingga tenaga yang di hasilkan adalah kurang. Dengan kata lain, dengan seliter minyak petroliam yang anda beli pada suhu 60ºF anda akan dapat berjalan lebih jauh dari seliter minyak petroliam yang anda beli pada suhu 70ºF! Apalagi di Malaysia yang terletak di khatulistiwa dengan suhu udara berkisar pada 80ºF sepanjang tahun!

Maka bayangkan jumlah sebenar tenaga yang hilang di setesyen-stesyen minyak akibat dari di bekalkan dengan minyak panas!

Anda tentu akan bertanya, “Adakah keadaan ini menjejaskan para pemilik kenderaan yang mengisi minyak petroliam pada stesyen-stesyen ini?” Sudah tentu, pak! Bapak juga telah di rugikan oleh para syarikat minyak!

Untuk mengetahui lebih lanjut perkara ini sila surf www.oilwatchdog.org.

Kembali kepada isu minyak panas yang di bekalkan PDSB, pada bulan Mac 1987, para Wakil Penjual PDSB di Melaka telah mengemukakan persoalan ini kepada Sales Coordinator dan beliau telah berjanji untuk meneliti aduan kami dan jika benar, akan membayar ganti rugi. Sepucuk surat berhubung perkara ini telah di keluarkan oleh pihak Petronas Sales Office, Melaka.

No comments: